22 August 2013

Aku

Aku? Entah. Apa ada dengan aku? Hina kah aku? Hebatkah aku? Bodoh kah aku? Bijak kah aku? Kau wahai manusia tidak layak walau sekelumit untuk menghakimi siapa aku.

Engkau bertanya aku apakah ertinya cinta? Tiada cinta dalam kamus hidup aku. Iya aku berbohong. Tapi layakkah engkau untuk tahu siapa jejaka yang pernah singgah dihati aku dulu. Layakkah engkau? Tepuk dada tanya selera.

Engkau tetap memberi soalan , siapakah dia. Mengapakah dia. Apa yang dia lakukan sehingga aku begini rupa. Tidak wahai teman. Dia tidak buat apa-apa. Hanya aku yang terlalu memberi. Tak layak. Kerana tak pernah dihargai. Kau kenal dia? Bagus lah. Beritahu padanya , aku masih rindu. Tapi aku benci atas alasan bodoh.

Apa itu erti cinta pada kau? Pada dia? Pada mereka? Dan juga pada aku? Apakah ertinya? Haruskah diakhiri dengan perkahwinan? Atau ia berakhir dengan kegagalan? Atau berakhir dengan tangisan? Penceraian? Faktor apakah yang buat ianya terjadi? Kekayaan? Kecantikkan/ketampanan? Darjat? Setia? Orang ketiga? Siapa aku untuk bertanya? Tanya pada hati. Benarkah kau menyayanginya kerana hati? Atau kerana kau memerlukan seseorang? Atau kau melihat kecantikkan/ketampanan dia? Atau kerana kekayaannya? Adakah? Mustahil tiada satu sebab di atasnya. Atau mungkin tiada. Mungkin agama yang dipegang untuk membimbingmu. Masihkah kau dapat mencari cinta suci dizaman era sebegini? Cinta yang tiada halangnya. Tidak dinodai. Masihkah kau?

Aku tak begitu kuat dalam agama. Aku mencari insan yang sanggup pimpin aku ke arah-Nya . Tapi ada lagi yang sggup? Mereka yang memilih adalah mereka yang tidak sedar diri diuntung. Haruskah kau mencari yang suci sedangkan kau tidak suci? Maafkan aku. Sedikit api kemarahan atas insan sebegitu rupa. Layakkah engkau wahai insan???!!!

Aku tak mencari cinta agung. Aku tak mencari cinta. Walau aku kesunyian. Untuk apa berusaha mencari sedangkan aku sentiasa ditindas kerana cinta. Aku sentiasa lupa diri kerana cinta. Oh cinta, engkau sangat melalaikan.

Aku masih disini. Kuat menghadapi. Menulis. Membaca. Melihat. Mendengar. Masih lagi. Ada disini. Diluah melalui nukilan. Melalui angin. Melalui internet  barang kali tanpa ini. Tidak bisa untuk aku luahkan nukilan ni.

Aku tanpa keluarga? Aku kosong. Kerana mereka lah disisi walau tak kelihatan. Darah yang mengalir bersama mereka. Mereka tetap ada. Walau jauh. Tapi darah ini buat aku dekat dengan mereka. Walau berjuta batu jauhnya. Aku tanpa kawan? Aku jua kosong. Kosong tiada teman bicara. Tiada teman yang memberi kata semangat. Mereka jua keluarga aku. Keluarga kedua . Cinta aku pada sahabat seluas luasnya. Masih bangga punya sahabat . Wahai sahabatku , jika engkau membaca , mengertilah. Tiada cinta dari seorang pencinta lebih hebat dari cinta aku pada kalian. Kalian dihati. Sentiasa disini. Disudut paling terang supaya aku sentiasa nampak. Walau gelap engkau jatuh. Akan aku hulur lampu dan tangan untuk kau kembali bangun. Tapi hanya selepas aku gelak. Terima kasih.

Aku tetap aku. Walau aku jatuh. Aku masih diri aku. Walau aku sakit. Aku masih rupa aku. Aku tetap menjadi diri aku. Walau kau tak suka. Aku tetap akan jadi diri aku. Jangan mengeluh. Terimalah aku. Kerana aku tetap akan jadi aku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...