22 August 2013

Aku

Aku? Entah. Apa ada dengan aku? Hina kah aku? Hebatkah aku? Bodoh kah aku? Bijak kah aku? Kau wahai manusia tidak layak walau sekelumit untuk menghakimi siapa aku.

Engkau bertanya aku apakah ertinya cinta? Tiada cinta dalam kamus hidup aku. Iya aku berbohong. Tapi layakkah engkau untuk tahu siapa jejaka yang pernah singgah dihati aku dulu. Layakkah engkau? Tepuk dada tanya selera.

Engkau tetap memberi soalan , siapakah dia. Mengapakah dia. Apa yang dia lakukan sehingga aku begini rupa. Tidak wahai teman. Dia tidak buat apa-apa. Hanya aku yang terlalu memberi. Tak layak. Kerana tak pernah dihargai. Kau kenal dia? Bagus lah. Beritahu padanya , aku masih rindu. Tapi aku benci atas alasan bodoh.

Apa itu erti cinta pada kau? Pada dia? Pada mereka? Dan juga pada aku? Apakah ertinya? Haruskah diakhiri dengan perkahwinan? Atau ia berakhir dengan kegagalan? Atau berakhir dengan tangisan? Penceraian? Faktor apakah yang buat ianya terjadi? Kekayaan? Kecantikkan/ketampanan? Darjat? Setia? Orang ketiga? Siapa aku untuk bertanya? Tanya pada hati. Benarkah kau menyayanginya kerana hati? Atau kerana kau memerlukan seseorang? Atau kau melihat kecantikkan/ketampanan dia? Atau kerana kekayaannya? Adakah? Mustahil tiada satu sebab di atasnya. Atau mungkin tiada. Mungkin agama yang dipegang untuk membimbingmu. Masihkah kau dapat mencari cinta suci dizaman era sebegini? Cinta yang tiada halangnya. Tidak dinodai. Masihkah kau?

Aku tak begitu kuat dalam agama. Aku mencari insan yang sanggup pimpin aku ke arah-Nya . Tapi ada lagi yang sggup? Mereka yang memilih adalah mereka yang tidak sedar diri diuntung. Haruskah kau mencari yang suci sedangkan kau tidak suci? Maafkan aku. Sedikit api kemarahan atas insan sebegitu rupa. Layakkah engkau wahai insan???!!!

Aku tak mencari cinta agung. Aku tak mencari cinta. Walau aku kesunyian. Untuk apa berusaha mencari sedangkan aku sentiasa ditindas kerana cinta. Aku sentiasa lupa diri kerana cinta. Oh cinta, engkau sangat melalaikan.

Aku masih disini. Kuat menghadapi. Menulis. Membaca. Melihat. Mendengar. Masih lagi. Ada disini. Diluah melalui nukilan. Melalui angin. Melalui internet  barang kali tanpa ini. Tidak bisa untuk aku luahkan nukilan ni.

Aku tanpa keluarga? Aku kosong. Kerana mereka lah disisi walau tak kelihatan. Darah yang mengalir bersama mereka. Mereka tetap ada. Walau jauh. Tapi darah ini buat aku dekat dengan mereka. Walau berjuta batu jauhnya. Aku tanpa kawan? Aku jua kosong. Kosong tiada teman bicara. Tiada teman yang memberi kata semangat. Mereka jua keluarga aku. Keluarga kedua . Cinta aku pada sahabat seluas luasnya. Masih bangga punya sahabat . Wahai sahabatku , jika engkau membaca , mengertilah. Tiada cinta dari seorang pencinta lebih hebat dari cinta aku pada kalian. Kalian dihati. Sentiasa disini. Disudut paling terang supaya aku sentiasa nampak. Walau gelap engkau jatuh. Akan aku hulur lampu dan tangan untuk kau kembali bangun. Tapi hanya selepas aku gelak. Terima kasih.

Aku tetap aku. Walau aku jatuh. Aku masih diri aku. Walau aku sakit. Aku masih rupa aku. Aku tetap menjadi diri aku. Walau kau tak suka. Aku tetap akan jadi diri aku. Jangan mengeluh. Terimalah aku. Kerana aku tetap akan jadi aku.

28 June 2013

I'm Sorry .


Five musketeers.

To dearest , my best friend , my frown , my love , my headache , my laughter & my everything's.
I'm sorry for my stupid mistakes last year . 
I miss you guys ever. There's nothing i can do  from far is only pray for your happiness.
There has been 5 years isn't?
We've been through joy , laughter & crying together .
Being so stupid together also .
I just so happy with you guys. 
And i promise you this & you can keep/mark my word.
I won't do the same mistakes anymore.
I've learn from it and I grow enough now.
After i got too many time to spend with it w think.
And i realize , there is nothing more precious than friendship.
And trust me , i wont do the same mistakes anymore.
No one comes first than you guys.
I love you and I miss you so much!
You are my boyfriend. I just need you before someone grab me as a wife. 
To all , thanks for 5 years and thanks for being there and thanks for being stupid cupid together . Thanks for this friendship.
May Allah bless us . Last longer this relationship.

EYZA , YAYA , RUZY , FIRA & SUE ^^

*P/S : Friendship is more stronger than love & I admit that.

Love , Fath/Amoy :)

24 October 2012

Silap Aku dan Semua ....

Memang silap aku. Silap aku sebab senang ucap perkataan sayang . Silap aku sebab mudah percayakan orang . Silap aku sebab tak pernah setia. Silap aku tak pernah berterus terang . Silap aku selalu menjadi seorang yang egois . Silap aku sebab selalu menengking dan selalu jadi baran tak kira masa. Silap aku untuk segala masa yang pernah aku lalui selama ni.

Siapa yang tak pernah buat silap? Siapa je yang perfect ? Siapa je tak pernah menjadi diri sendiri? Okay aku nak kau ingat balik macam mane kau punye kehidupan bercinta sebelum ni, boleh ke? 

Cuba kita ingat balik masa masa lampau yang pernah kita lalui sebelum ni. Sebelum makin meningkat usia. Pernah ke kita jadi baik sebelum bercinta ? Pernah ke kita tak ucap sayang pada orang kita suke walau kita tahu kita tak kan pernah mungkin akan bersama dengan dia. Pernah? Pernah ke kau tak dating2 dulu sebelum couple? Mesti lah pernah . 

Aku memang egoist dari dulu sampai sekarang . Sebab aku trauma dengan lelaki sikit walau sekarang aku punya boyfriend yang tersangat awesome dan baik sanggup tahan sakit hati sebab aku selalu maki. Aku ni kononnya dengan egoist tu boleh protect diri aku. Tapi sebenarnya salah. Kalau sesiapa yang egoist sangat mcm aku tu masa bercinta. Mintak tolong pergi bunuh diri sekarang jugak. Sebab bodoh yang amat . Bukan semua orang boleh tahan dengan sikap EGOIST kau tu ok. Aku hanya bernasib baik Tuhan temukan aku dengan MR.A. Kalau aku jumpe lelaki lain , memang dah confirm aku kene tinggal . Dengan sikap ego nya. Poyo nye , sombong nye . Nasib aku lah jumpe dia. Tapi silap aku sebab jadi ego. Tu silap aku . 

Memang silap aku sebab terlalu sayang kan seseorang. Silap aku sampai aku dipijak aku dihina aku dimaki. Tapi maaf . Bukan dengan encik bf ok. Sayang bukan dri golongan untuk boyfriend sahaja, maklum sikit boleh ? kawan boleh , family boleh , musuh boleh and binatang pon boleh. maklum lah. Sayang tu luas cik kak .

Silap ni boleh terjadi pada aku . Bile2 mase. Bak kate orang skrg ni . Anytime weh. So please lah , don't put blame on your partner . Sila sedarkan diri sendiri dulu sebelum menuduh. Kalau takleh , hentak kepale kat dinding. Aku dah sedar diri. korang bile lagi? HAHAHAHA

07 May 2012

Seandai Lelaki Tahu.........

Andai lelaki tahu apabila seorang wanita jatuh cinta lelaki itu tidak semestinya mempunyai segalanya , tetapi lelaki itu adalah segalanya baginya.


Andai lelaki tahu apabila seorang wanita itu mengalirkan air matanya itu bermakna dia lemah . Akan tetapi sedang mencari kekuatan tok terus mencintai lelaki itu


Andai lelaki tahu apabila seorang wanita itu banyak bercakap , bukan lah dia bermaksud mahu merimaskan tetapi dia cuma mahu lelaki itu lebih mengenalinya dengan lebih dekat lagi


Andai lelaki tahu , apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah . Itu tak bermakna dia tidak menerima anda seadanya , tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik bukan untuk dirinya , tetapi untuk masa depan anda .


Andai lelaki tahu . Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu mempercaya, anda akan mengkhianati . Kerana naluri keibuannya sangat kuat . Dia hanya mahukan yang terbaik buat anda .


Andai lelaki tahu . Apabila perempuan merajuk jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit ringgit atau hadiah sedozen . Tetapi cukup dengan diberi perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai .


Andai lelaki tahu . Apabila seorang perempuan itu jarang mengucapkan kata cinta dan luahan isi hatinya itu tidak bermakna dia tidak mencintaimu , cuma dia mahu anda merasai sendiri cintanya yang luhur dan ikhlas terhadap anda, bukan hanya dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu . Apabila seorang wanita itu mengatakan dia merindui anda ketahuilah bahwa dia benar-benar maksudkannya . Apabila berjauhan dia sentiasa mengingati anda dan sentiasa inginkan anda disisi walau beribu batu jauhnya.




Andai lelaki tahu . Apabila perempuan itu kata lelaki lain lebih baik dari anda , jangan sesekali mempercayai kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia hanya melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik didepan matanya . Walaupun sememangnya kamu yang terbaik dihati nya . 


Andai lelaki tahu . Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tetapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan karenahnya . Walhal dalam diam dia masih buat apa yang anda mahukan . Percaya lah hati wanita ini sangat lembut . Andai kene caranya jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikiran dalam sesaat sahaja.


Andai lelaki tahu . Apabila perempuan berkata "Tolonglah tinggalkan saya!" . Dia tidak bermaksud mahu anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sahaja. 
Apabila dia kembali tenang pasti dia akan mencarimu kembali. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sukar mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tetapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan PERUBAHAN pada diri anda.

Andai lelaki tahu bahawa Allah telah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaannya tersendiri. Tetapi  sekiranya mereka saling melengkapi  , saling memahami dan menyempurnakan . 


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan didalam hidup anda kerana datangnya dia bukan dengan kelemahan sahaja , tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 
Dan dia jugalah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya , isteri juga ibu kepada anak-anak anda.


*semua ni ada takda je. maka jangan caya sangat ape aku tulis nih. dah lama tak bekarya . hihi. 



08 January 2012

A Years Without Notice

After a few months tak update langsung pasal diri and perkembangan terkini dalam blog aku kan . So kali ni dalam tahun 2012 memang aku jarang update sebab aku busy bekerja as a sales girl yang menjual cake di Orange Delight Cake House .

For all this time aku dah lame tak update blog aku ni , dah macam sampah aku buat ni disebabkan aku sibuk sangat bekerja and langsung takde idea nak update ape2 kat blog aku ni. Nak cerita ape pun taktau. Dengan AZAM baru yang dah pun menjelang tahun baru ni . Mesti lah aku ade azam baru kan . Diri pon diri yang baru lah . Takkan still nak sama macam tahun lepas and dua tahun lepas yang aku still takde azam sebab pasal ex aku kot. hikhik.

First thing aku nak bagitahu adalah KERJA , aku suke kerja baru aku sebab hari2 aku makan cake free , roti free , air free. And selama sebulan aku kerja situ badan aku macam makin berat. Tapi memang dah naik pon berat badan aku dari 45 ke 47 kg. Takde lah mendadak sangat kan cume yang aku pelik , BELT aku boleh terputus dua . Taktau lah kalau perut aku makin buncit ke ape kan . And disebabkan aku kerja kedai cake ni . So azam baru aku tahun 2012 ni aku nak further study kat giat mara antara kelana jaya or langkawi . Amik course bakery . Nak jadik pembuat Cake yang berjaya , kau mampooo? HAHA. Dari dulu aku ngidam nak study tapi aku taktau nak amek ape. And kali ni aku serious pasal nak further study ni. Tak pernah2 occay . So tu lah azam pertama yang aku simpan tok tahun 2012 ni.

Second things yang aku azamkan tahun ni . Perubahan diri yang tak mungkin terlalu mendadak lah kan , dah tentu lah . Kalau mendadak confirm orang akan pelik dgn aku , tetibe pulek tu. Hakhak! So azam aku , aku taknak dalam diri aku ade bahasa2 kelat lagi . Taknak ade baran dalam diri lagi , tapi garang still kene ade. at least boleh aku protect diri aku , diam sangat pon tak boleh jugak. Tak bersuara boleh menampakkan aku lemah. kennn? HAHA. And disebabkan aku pon sudah meningkat masuk ke 20-an , so aku kene lah berfikiran dan berpakaian macam 20-an . Memang lah ganjil bagi aku semua bende tu , tapi aku bukan budak lagi , plus plus dalam jangka masa 5 tahun lagi aku nak kahwin. Kumpul harta sendirik semua . Tapi kalau jodoh datang awal , Alhamdulillah lah kan . Rezeki dan jodoh dah sampai mane boleh tolak . Haha. 

Third thing is , the last part lah kot sebab aku nak tido ni , dah lambat esok aku kerja , hahah. Aku nak tahun 2012 ni tahun paling bahagia buat aku . Tak kira ape yang terjadi dalam hidup aku buat masa sekarang ni pon atau ape yang aku baru lepas buat ni. Samada aku baru lepas korek hidung or korek taik gigi kat gigi aku ni ke kan. Aku sememangnya happy . Terima kasih pada ALLAH S.W.T sebab aku masih panjang umur walau senantiasa sakit . Aku nak rajin lepas ni. Aku nak rajin pergi klinik kalau sakit. Aku nak jadik anak yang solehah tok mak aku . Aku nak jadik kakak yang baik dan adik yang baik tok adik , abang dan kakak2 aku . Percaya kan fatin . Hahaha. Dan aku nak jadik kawan yang sentiasa tolong , mendengar dan sentiasa ade disisi kawan2 bile diperlukan . Walau aku tak cukup tido beb . Ingat tu . Haa satu lagi , saya akan cube jadik kelebihan tok setiap kekurangan pasangan saya . Janji saya tahun ni. Owkeh Terima Kasihh Daun Keladi nanti jumpa saya kat Blog sampah ni lagi ! ^^,

P/S: Tahun 2012 paling bahagia sekali buat aku . 

24 June 2011

Kenangan terindah

Februari : Takda boyfriend nak celebrate valentine macam korang semua . haha tapi at least aku ade gak dapat bunga dan bear tahun ni . ^^ 

May : Semua masalah dengan kawan2 selesai dan hidup bahagia since may :D

15 May : keluar dengan khun salvator sampai berdarah kaki sebab pakai kasut tak pakai stokin . 

22 May : keluar dengan ara , enna , bobell and khun melepak dan overnight konon2 sebab nak celebrate birthday yg dekat2 ^^ and terus melepak dengan biebot kt mcd mont kiara tempat dia keje .

23 May : Aku di kejutkan dari tidur dapat bunga and bear dari someone berserta surat . Aku tak kuar langsung time birthday sebab aku takot accident jatuh motor dgn ex aku mcm tahun 2010 . masih berparut beb kaki aku yang dulu licin ni . Takpe , aku tak salahkan kau , dah jadi nk wt cmne , terima lah kann beb .

11 June : Lepak kl dengan khun , ara , bobell , biebot and enna kat BB Bistro dengar ade band live , sumpah abang tu memang terbaik aku pernah dengar suara . Macam2 suara dia boleh tiru,  dan 11 june ni kenangan paling best sekali dalam hidup aku sebab jalan kaki dari masjid jamek ke damansara damai dengan khun ^^ thanks sebab sudi jalan kaki sama2 hikhik dengan tak cukup tidur even you wanna call your sister to pick up us , still i wanna walk , making it like the best memorial in my life . best dohhhhh :O

18 June : seseorang yang aku sayang akhirnya jumpa mak aku ;) 

19 June : ke aquaria KLCC dengan kakak and abang ipar aku ^^ seronok sangat dan payen pon suke sebab dapat kenal mcm2 binatang kannnnn . hikhik aku paling seronok dapat cuci mata tengok pakwe2 handsome :)

22 June : Pergi PD dengan FAQA , FARIS , AFIQ , FARA , SHAZ , MIRUL , AZIM ATAS SEBAB GROUP . Okay sumpah have fun nak mampus . weh guys , thanks sangat2 doooo . happy gila dalam perjalanan pergi ke PD . Hanya aku dengan faqa tak tido tengok semua tido bergay . Haha . sesampai kat PD tu thanks plak kat faris sebab temankan aku smpai hujung pantai tu sebab tempat tu canti . And thanks kat afiq sebab sibuk mengikut aku dengan faris pastu main lari2 kannn . And sebab berjalan tepi2 pantai tu lah aku jumpa batu-batu yang cantik . Thanks again beb . Plus BBQ aritu sedap even rasa pasir pon . Hikhik And idea gila faqa ke melaka plak lepas tu , seriously miss melaka sangat2 :/ lama tak jejak kaki ke sana tapi thanks tau tau kat korang semua . 
Semoga group ini akan berjaya dan berhasil .Amin!

JUNE : AKU MASIH BELUM ADA BOYFRIEND CUMA AKAN DATANG JE . JANGAN NAK JUDGE AKU LEBIH2 BOLEH TAK ? BODOH . K THANKS BYE .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...